Tak perlu stereotaip pelajar IPTS.

Dayana Zahari | Sunday, September 16, 2012 | 7Comments |
Assalamualaikum semua,
Selamat Hari Malaysia!
Alhamdulillah kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan negara yang indah cuaca dan harmoni penduduknya.
Semoga Malaysia negara yang dicintai ini terus aman dan makmur.

I would like to type out this entry in both English and Bahasa Melayu because I find that I am good in neither. Yes, I am bad in both. Sometimes I don't even know what I am good at.

Early Syawal, I went back to my hometown in Pahang and I met my beloved family.

Salah seorang pakcik Dayana menegur dalam nada bergurau,
"Ana dah salah imej ni, budak college bukan tak pakai macam ni ke?"
"Eh, mana ada lah, tak semua..." I replied.
"Habis tu yang dalam TV tu...?"

Well you see, buat mereka yang tak pernah masuk IPTS, tak pernah terfikir pun untuk jejak kaki dalam IPTS, like myself before being in KDU, kita tak boleh nak salahkan mereka kerana stereotaip pelajar IPTS/kolej dengan imej yang sebegitu. I don't know, maybe because of the thought that college students are private students who pay to get their education, the rules in these colleges aren't strict, so they get to wear what they want.
Personally, I see nothing wrong in that at all. If you have the funds, why burden yourself on getting a scholarship to get education? Might as well be on your own and then you can determine where you will go next. Ok, back to the topic.
I think what made my uncle said something like that is because on TV, you see college girls with their make-up, their social life - yes, again there aren't many rules to follow. Tapi hakikatnya tak semua macam tu. Let me share my own experience being a college student.

I graduated from SM Sains Muar, and was sent to KDU by PETRONAS.
In KDU, my friends, my seniors, my juniors are really amazing. Besides my family, they should be the reason to whom I am now.
Memang KDU sendiri susah nak ada program pengisian rohani tentang Islam. As I am typing all of this down, my friends are currently finding people to start up an official club for Muslims in KDU. Sekiranya berjaya ditubuhkan, tak perlulah kami ke SeGi college dua kali seminggu seperti yang pernah dicadangkan oleh Murshidha. Susahnya nak belajar tentang Islam dekat KDU ni membuatkan aku rindu dengan ilmu itu sendiri. I am missing the contentment that I get every time after learning about my Creator. I start reading up more than I usually do.
I am to thank my roommate Syiqin for always reminding me that bukan pelajar lepasan sekolah agama je boleh berdakwah dan berilmu agama dengan dalam.
My role model will always be Amalina, I love it when she knows these Islamic terms in English really well. Yes we learned Islamic Studies in English for the first semester. It's really funny, because things you thought you knew about your own religion - kadang-kadang benda yang kita dah belajar dari kecik, tapi when you're supposed to deliver them in English, you can't find the word for it.
Timbullah kesedaran kena baca ilmu agama dalam bahasa Inggeris, perlulah kan, lagi-lagi kalau nak survive di bumi England sana tahun depan, insyaAllah.
Tak boleh dinafikan memang rindu suasana di SAMURA. Al-Mathurat tiap petang, solat berjemaah, dan macam-macam lagi aktiviti pengisian rohani.
Alhamdulillah accommodation yang KDU provide ni dekat dengan surau dan masjid. Walaupun tak selalu turun, kemudahan itu ada. Tinggal pergi dengan tak jelah. Jujur kata, kagum dengan orang-orang yang rajin pergi solat berjemaah. Rasanya ada sorang uncle dekat Sterling tu, boleh kata setiap waktu dia pergi. Mungkin office dia dekat rumah kan, selalu terserempak dia balik daripada surau. Senior kitorang pun rajin juga. Nanti kalau ada aktiviti seperti ceramah, mereka akan menjemput kitorang yang tak tau schedule surau. They are flying off now, may Allah be with them always.
Peluang yang tipis untuk menghadirkan diri membuatkan diri ini menghargai sangat ilmu yang diperoleh apabila ada peluang.
Hence, you are the one who determines who and what you are. You can't blame your surrounding - although they do matter. You just have to be wise to differentiate which is haq and which is batil.

Bila dapat peluang untuk belajar ke luar negara, terasa tanggungjawab untuk mendalami ilmu agama itu lebih, kerana di negara yang majoriti bukan Muslim, kita bagaikan ambassador yang membawa nama Islam itu sendiri. Mereka akan nilai kita, cara kita, percakapan kita dan macam-macam lagi. Kita perlu berhati-hati. Plenty of our good deeds can be washed away in the human eyes just because of one wrongdoing. And mankind tend to judge us from our mistakes.

A message and reminder to myself,
Never ever stop learning about Islam, kerana ilmu yang kita pelajari hanya dekat sekolah tu tak cukup. Belum lagi kita dapat apply semua yang kita belajar. Continue and never stop. Tak perlu jadi ustazah untuk mahir ilmu agama, tapi berkongsilah ilmu yang kita ada. Who knows we might help open the eyes of another? 
Burung terbang tanpa sempadan, tetapi akan mendarat di daratan pilihannya juga,
ibarat ilmu yang boleh diperoleh, tetapi akhirnya dinilai yang mana baik dan yang mana buruk untuk diterapkan dalam diri.

This will always be my favourite quote:
”Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.” -Hassan al Basri

Until next time :) ,
Assalamualaikum.

7 comments:

  1. Assalamualaikum dayana.

    Akak pun ada pengalaman belajar di IPTS, Taylors Subang Jaya. Macam kamu kata, bukan semua pelajar kolej digambarkan macam dalam TV tu. Jadilah macam ikan, di air mana ikan tercampak, masinnya air laut tak pernah mempengaruhi ikan yg sentiasa istiqomah dengan rasanya sendiri.

    All the best for your study.

    Salam Ukhhuwah,
    =)

    ReplyDelete
  2. Wishing you all the best for your future dear. :))

    Nak belajar agama tu perlu usaha lebih. Tak kira untuk apa dan walau di mana. Yang penting niat untuk dalami ilmu Allah. Buat bekalan akhirat. InsyaALLAH, semoga segalanya dipermudahkan.

    Lillahita'ala. :D

    ReplyDelete
  3. nasihat saya.. jangan berhenti berusaha.. belajarlah ilmu dunia, tapi ilmu agama jangan dipinggirkan..

    ReplyDelete
  4. suka dengan quote tu. btw, nice entry.

    good luck dayana :)

    ReplyDelete
  5. gudluck dear.. sangat jeles bila tgk ana :) hope i will be like u.. thanks ingatkan along :)

    ReplyDelete

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign