Malaysia di Petang Hari

Dayana Zahari | Tuesday, September 03, 2013 | 2Comments |
Nenek jemput pergi rumah nenek makan mihun sup dan keropok lekor semalam.
Hajat di hati nak berbasikal, tapi nampak gaya 3 basikal yang ada semua tak 'reliable'. Dah tak cukup masa nak isi angin dekat tayar, letak minyak dekat rantai, lalu saya membuat keputusan untuk berjalan kaki.

Walaupun hidup di kawasan perumahan yang sudah kurang segar udaranya ini, alhamdulillah dapat menghirup udara petang di Malaysia. Ambil kesempatan, sebelum terbang ke negara empat musim kan, insyaAllah.

Ada empat perkara yang saya rasa nak catat, yang membuatkan perjalanan saya ke rumah nenek tak 'monotonous' dan membosankan.
Pertamanya, saya dapat peluang senyum dengan ramai orang sambil berjalan ke rumah nenek. I don't know why, I feel happy to see cheerful faces around me. 
Keduanya, adik sekolah menengah naik motor tegur bagi salam. Waalaikumussalam adik, hati-hati bawa motor tu. Tapi tak sempat cakap, sebab dia tak berhenti pun.
Seterusnya, adik 5-6 tahun tegur "Hiii. Nak pergi mana?". Peramah sangat, comel pula! Tak sempat pula ambil gambar adik ni, masa berjalan tu dah mengejar masa.
Sempat berborak seketika dengan Pak Lang yang menjadi jaga kawasan perumahan kami.

Mungkin pada hakikatnya tiada apa yang istimewa pada kisah perjalanan ini, tapi alhamdulillah, suka saya mengambil iktibar dan pengajaran, serta menimba pengalaman dari sekecil-kecil perkara.

Oh ye, jalan kaki jimat petrol kan? Subsidi RM0.20 seliter dikurangkan oleh kerajaan. Mungkin sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengamalkan berjalan kaki dari suatu tempat ke suatu tempat yang dekat. Saving the Earth's resources that are depleting. Cuma yang susahnya, sistem pengangkutan awam kita masih kurang efisien berbanding negara maju. Di negara maju, boleh jalan kaki ke perhentian bas, dan perjalanan dapat diteruskan ke tempat yang lebih jauh.

Oh Malaysia, tunggu ya, kami pulang ke tanah air nanti dengan human capital insyaAllah.
Menjadi muslih dan muslihah.

2 comments:

  1. Yup.. time mood kita tgh baik mmg akan seronok sgt..

    Selamat berlepas nanti.. :)

    ReplyDelete
  2. Betul2. Kalau nak berjimat, jalan kaki is the best way !

    ReplyDelete

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign