Kisah Nabi Musa A.S - Pentingnya Doa

Dayana Zahari | Friday, May 01, 2015 | 0Comments |
I wrote a little bit about Prophet Musa A.S. a few weeks ago - with reference to the Quran, and now I just thought it might be good to put it up here in case I need further reference or a reminder to myself perhaps. And also, to share with anybody who reads this. When I have the time, I might try to translate it to English.
I do not doubt God's words, but I do doubt mine, so if anybody finds what I wrote should be corrected please do inform me, and, if anything, please check the referred ayat.

Sejak kecil dipelihara oleh Firaun dalam istananya. Nabi Musa mempunyai fizikal yang kuat. Suatu hari, Musa telah menumbuk seorang lelaki daripada kaum Firaun sehingga mati dengan tidak sengaja [28:15] (Musa’s initial intention adalah untuk membantu meleraikan pergaduhan antara seorang daripada Bani Israil dan Kaum Firaun itu). 

Nabi Musa sedar akan kesalahannya dan terus berdoa kepada Allah [28:16]. Sebagai manusia, kita memang banyak melakukan kesalahan, kita cuma kena sentiasa sedar dan berada dalam keadaan ihsan, iaitu sedar bahawa Allah sentiasa mengetahui perbuatan kita. Bila kita buat silap, kena terus minta maaf dengan Allah. 

Setelah kejadian itu, seorang lelaki telah menasihati Musa untuk keluar dari kota itu kerana para pembesar bercadang untuk membunuh Musa [28:20]. Nabi Musa keluar menuju ke negeri Madyan, dan berdoa lagi supaya Allah menunjukkan dia ke jalan yang benar [28:22]. Nabi Musa banyak sangat berdoa :), dekat sangat dengan Allah. Ketika dia sampai di kawasan sumber air negeri Madyan, dia telah menolong 2 orang perempuan untuk mengambil air. Nabi Musa tidak meminta upah, dan tidak berharap daripada insan, dia terus kembali ke pohon teduhnya, memohon kepada Allah untuk kebaikan daripada Allah. Doa Nabi Musa:
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." Doa lagi :)! Sopan pulak tu doa Nabi Musa. Minta kebaikan je, DOA TANPA SYARAT.

Ayah kepada dua orang perempuan tersebut memanggil Musa dengan bertujuan ingin memberikan kebaikan kepada Musa. Musa dikahwinkan dengan salah seorang daripada dua perempuan tersebut, dengan syarat bekerja dengan lelaki itu selama 8 tahun atau lebih baik 10 tahun [28:27]. Setelah selesai kerjanya, Nabi Musa ingin kembali ke Mesir bersama keluarganya. Dalam perjalanan, Nabi Musa ternampak api lalu pergi ke arah api itu yang berada di lereng Bukit Sinai. Di sana, Allah menyuruh Musa mencampakkan tongkatnya (yang dia gunakan untuk bertopang ketika berjalan, pukul daun untuk kambing, dan keperluan2 lain, hence banyak kegunaan dia), dan Musa lemparkan tongkat itu walaupun banyak kegunaan tongkat itu. (can make a very good analogy from this, sometimes we have to let go what we think we need) 
Setelah itu, Musa menyaksikan tongkatnya berubah menjadi ular [20:20]. Musa juga mendapat mukjizat lain, iaitu, tangannya putih tanpa cacat. Setelah kejadian ini, Allah menyuruh Musa pergi kepada Firaun kerana Firaun telah melampaui batas. Musa beritahu Allah bahawa dia telah membunuh seseorang, dan juga dia memerlukan Harun kerana Harun lebih fasih berkata-kata [28:33-34]. Musa berdoa kepada Allah supaya dadanya dilapangkan, dipermudahkan urusan dan juga supaya mendapat pembantu daripada keluarganya iaitu Harun, supaya mereka sama-sama dapat bertasbih kepada Allah. [20:24-36] Allah memperkenankan doa Musa, dan juga memberitahu Allah akan menguatkan Musa dan Harun. Nabi Musa telah lari dari Mesir, Allah suruh jumpa semula Firaun yang telah membesarkannya yang kemudian pernah ingin membunuhnya untuk meminta supaya Bani Israil dilepaskan dan tidak diseksa, must be nerve-wrecking, tapi Nabi Musa tak tolak, walaupun ada BIG problems coming on his way - dia risau je [20:45], tapi dia sentiasa berdoa kepada Allah, dan memohon supaya urusannya dipermudahkan, dan mendapat teman untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Musa minta bantuan Harun, untuk sama-sama laksanakan tugas, dan tetap sama-sama bertasbih kepada Allah. Pengajaran kepada kita juga dalam melaksanakan apa-apa yang Allah suruh, kita perlu terus laksanakan, dan bekalkan perjalanan kita dengan doa, dan juga berada di sekeliling rakan-rakan yang baik :)!

No comments:

Post a Comment

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign