All About The Songs

Dayana Zahari | Tuesday, June 30, 2015 | 2Comments |
I don't spend much of my time listening to music these past years. But I have been very musically inclined since young indeed - being taught the piano and organ (read: electone). Kalau dulu, senang je nak adjust tune lagu and all those stuff. Bakat tu macam dah berkarat ditinggalkan. 
I just feel like sharing my choice of music and my thoughts by joining this 'segmen' by Rrai.



1. Lagu yang buat saya teringat zaman sekolah dulu, would be, Vitamin C's - Friends Forever. Sebab kalau hujung tahun je or ada majlis perpisahan sekolah selalu pasang lagu ni. 


2. Lagu patah hati, this is a tough one, macam takde je. Hmm. 


3. Lagu yang boleh buat bangkit dan move on, would be Freedom by Maher Zain. It started off with Syiqin yang pasang lagu ni pagi-pagi as her alarm dekat KDU. Kalau dengar je ingat KDU, ingat kena bangun pagi. Haha, tapi, something deeper than bangun pagi: silalah hayati lirik lagu ni. Sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita terperangkap. Sama ada dalam sebuah penjara fizikal, atau mental. Pandainya musuh kita, syaitan yang berusaha sepanjang kita berada di luar bulan Ramadhan untuk trick kita, benda tak elok boleh nampak elok. Kita tak diserang dengan bullets and guns, tapi diserang minda, dan sedihnya kadang-kadang kita tak perasan pun. Bila baca berita macam-macam dekat Malaysia sekarang ni, dengan kes penderaan, kes menggalakkan pendedahan aurat, tak faham Malaysia nak pilih stand yang mana sebenarnya. Bangga dengan majority Muslim dekat negara kita, tapi sebenarnya saya tak faham, apa stand negaraku tercinta, dan daripada pemimpin, turun pula kepada masyarakat, keluarga, kemudian individu. 


4. Lagu yang buat teringat kat mak/ayah kalau dengar ni, My Little Girl by Maher Zain. Maybe sebab I'm the only girl, bayangkan Ibu Abah nyanyi lagu ni, huu. Lepas tu rasa macam, betul ke I have brought the 'pleasure to their souls' and as stated dalam lirik lagu tu. Semoga betul lah. Terasa sangat lagu ni pula sebab bila dah kahwin ni, memang, terasa sangat yang kita hidup dekat dunia ni nak please Allah, dan sekarang bila dah ada keluarga sendiri, dah tak boleh melekat dengan Ibu Abah. Makanya, memang hoping for the eternal life where we can't even think of how Allah makes all souls are happy and pleased, without jealousy, without time limit, waaaa I just can't imagine. Really. Because I once heard that someone asked boleh tak nak jumpa kucing dia dekat syurga nanti, and then from a few pendapat, ada yang kata, nanti mungkin kita dah tak ingat pun kucing kita or apa-apa pleasures dekat dunia sebab dekat akhirat ada yang LEBIH baik, lagi best, and memang kita tak ingat dah yang dekat dunia. Maka, haruslah strive sekarang, haruslah mendoakan ibu bapa kita supaya kita dapat gather sama-sama dekat sana inshaAllah.


5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan sekarang, apa yang dirasa dan dialami, Alhubbu Yasood by Maher Zain. Tolonglah dengar lagu ni dekat Youtube and kalau tak faham Arab, on translation dia dekat settings tu. Banyaknya lagu Maher Zain, tapi memang lagu dia best! Lagu ni special for Syria, tapi kalau belajar bahasa Arab dia, memanglah sangat mendalam. The English translation doesn't do it justice, the English version (Love Will Prevail) doesn't either. Lagu ni melambang hidup saya sekarang because, when I see the world, I know there are much evil and injustice out there. But it's okay, we have to be patient, do what we are ought to do, because love will prevail, and ultimately Allah's love will prevail. Bila study nak exam pun lagu ni sangat memberi semangat, dahla sekarang belajar bahasa Arab juga hehe. Tak sangka, jauh di negara Barat baru dapat peluang belajar bahasa al-Quran ni.


6. Lagu yang nak sangat nyanyi kat someone. Tak nak nyanyi sebab malu, haha, nak dedicate je kot, untuk zauji, lagu What Are Words - ft. Peter and Evynne Hollens by The Piano Guys. Lagu ni pun deep. Ye, saya deep orangnya -_-. Kalau kita semua rajin ungkapkan 'til jannah'. Apa maksud sebenar ungkapan tu? And kalau kita ungkapkan alhamdulillah, macam mana pula cara sebenar bersyukur. Huuu nangis.


7. Lagu untuk Rrai, Kun Anta! Hehe. Sebab, semua orang kena outshine and show their potential. Nabi kata manusia adalah logam, baiknya dalam jahiliyah, maka baik juga dia dalam Islam, sekiranya mereka faham. Saya doakan Rrai hebat dijalan yang baik and sentiasa berada dalam lindungan Allah :) ! 

2 comments:

  1. Ade singgah....


    http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2015/07/segmen-all-about-songs-by.html

    ReplyDelete
  2. singgah mlm..done follow #2599

    very nice blog!

    ReplyDelete

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign