Beraya pertama bersama zauji di Coventry, UK

Dayana Zahari | Friday, July 17, 2015 | 2Comments |
Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi sekali Ramadhan tahun ni. Khutbah pagi tadi pesan, masa ialah tabung, tapi tabung ni takkan boleh di 'refill', dia akan habis je. Surah al-'asr, Allah pesan manusia akan berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh, yang berpesan ke arah kebenaran, dan berpesan ke arah kesabaran. Surah al-'asr ni walaupun pendek, tapi Imam Shafie kata kalau Allah turunkan surah ni je pun cukup sebagai panduan untuk kita. Sebab masa, memang selalu kita zalimi :'( sobs.

Entri kali ini ialah catatan Aidilfitri di perantauan.

Masakan malam raya, first time masak rendang, try rendang ayam resipi Umi, alhamdulillah menjadi dengan guidance daripada mak kak Nadira, semua orang kata sedap. Yayy! Then belajar masak dendeng daging yang sedap sangat setiap kali bau rasa nak makan lagi, daripada mak kak Nadira juga hehe. Sorry kak Nadira saya belajar dulu.
Then buat pudding coklat resipi nenek kegemaran ramai, tengok tinggal satu je dalam piring tu, orang Melayu memang pemalu nak kosongkan pinggan, tapi kalau tambah lagi pudding/agar-agar dalam pinggan tu mesti ada orang ambil lagi. Tembikai daripada jiran, Christina yang juga sambut hari raya. Ada juga nasi impit yang bawak dari Malaysia lama dah memang plan untuk raya. Kerepek-kerepek yang ibu bawa pun ada, biskut kacang yang buat sendiri dan biskut-biskut lain juga.


Alhamdulillah sedap, semua kenyang, lepas makan sempat takbir sekejap.


Hari Jumaat, 17 July/1 Syawal, solat Aidilfitri di Prayer Hall, University of Warwick.
Imam dan khutbah by Abd Rahman from Syria. Bacaannya mashaAllah sedap.


Lepas solat, ada sweets and cakes yang dihidang.
Lepas tu semestinya tangkap gambar.
Harini mendung, ada hujan sikit lepas balik solat, alhamdulillah pergi solat pukul 7.30 pagi instead of 10 pagi. Prayer hall buat solat 2 kali sebab university tak bagi overcrowding.





Selamat hari raya semua.
Maaf zahir batin.

Lepas ni kena kemas rumah, dah nak tinggalkan rumah ni.
Goodbye for a little while Coventry.

2 comments:

  1. Dayanaaaaa, lama.tk menjengah blog kau. Nk join contest kau hritu pn tk smpat huhu suke nye baca experience kau braya d prantauan. Mcm nk rsa je masakan kau heheh tempting btol gambarrrr

    ReplyDelete
  2. blogwaliking..sini..neat penulisan..so i folloowww
    ;)

    ReplyDelete

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign