Yayasan Pelajaran Mara - Masters and PHD Scholarship

Dayana Zahari | Thursday, July 30, 2015 | 0Comments |

Nah, buat yang berminat, MARA keluarkan biasiswa buat yang berminat nak jadi pelajar postgrad.
Tapi dalam hidup ni semua benda mesti ada syaratnya. Dibawah merupakan syarat dan terma permohonan biasiswa, diambil daripada website YPM.

PERMOHONAN BIASISWA PASCA SISWAZAH KEJURUTERAAN DAN SAINS DI UNIVERSITI JEPUN SESI AKADEMIK 2016/2017 TAJAAN PROGRAM PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA JEPUN [MJHEP] YAYASAN PELAJARAN MARA [YPM]

Calon-calon Bumiputra yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon skim pembiayaan Pasca Siswazah bagi bidang Kejuruteraan dan Sains seperti yang dinyatakan di bawah:
1. Kejuruteraan [Automotif/Mekanikal/Elektrikal/Elektronik/Mekatronik]
2. Sains / Kejuruteraan Komputer
3. Sains [Matematik / Fizik / Kimia]
4. Nanoteknologi
5. Bioteknologi
6. dan lain-lain bidang yang berkaitan dan teknologi terkini atau bidang lain yang dapat menyumbang kepada perkembangan industri di Malaysia.

TEMPOH MASA DAN SKIM PEMBIAYAAN BIASISWA TEMPOH PEMBIAYAAN:

Dua [2] tahun tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana dan tiga [3] tahun tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana Kedoktoran [PhD].

KELAYAKAN MINIMUM:
1. Mendapat (Kepujian) dari universiti Jepun yang diiktiraf. Pelajar tahun akhir yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda (bagi permohonan Ijazah Sarjana)/ Ijazah Sarjana (bagi permohonan Ijazah Sarjana Kedoktoran [PhD]) di universiti-universiti Jepun yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga layak untuk memohon.
2. Keutamaan diberikan kepada kursus-kursus yang dapat menyumbang kepada keperluan pembangunan perindustrian Malaysia.
3. Mempunyai surat tawaran universiti untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Kedoktoran [PhD] dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau surat pengesahan pelajar bagi mereka yang dalam pengajian. Kertas Cadangan Tesis hendaklah ditulis sendiri oleh calon dan mendapat sokongan dan kelulusan bakal Penyelia/ Profesor.

Keutamaan akan diberikan kepada calon bergraduat tajaan YPM - Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi [DPPT] I, DPPT II, DPPT III dan MJHEP. Borang permohonan (emel) hendaklah dihantar ke alamat email info@jadypm.edu.my selewat-lewatnya 31 Ogos 2015 manakala borang permohonan (cetakan) beserta dokumen yang lengkap hendaklah sampai ke Yayasan Pelajaran MARA seperti alamat di bawah selewat-lewatnya 7 September 2015.

More info: http://www.jadypm.edu.my

No comments:

Post a Comment

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign