Sesak nafas.

Dayana Zahari | Monday, August 31, 2015 | 1Comments |

Menuntut ilmu itu suatu jihad.

Menuntut ilmu di luar negara apatah lagi. Rasa jihadnya tu, meruntun jiwa.

Kali ni harus aku bermujahadah dengan lebih lagi. Tahun akhir menanti. Dah nampak dah cabaran, duri-duri. Ada yang terang-terang, ada yang masih tersembunyi.
Dua tahun pertama telah kuharungi, tetapi ruang penambahbaikan tetap ada.

Orang yang phobia dengan sunyi nak kena campak masuk hall. Hall yang pintu berat kalis bunyi. Tahniah. Maka hati perlu diisi, supaya tidak kosong, membunuh dari dalam.  Hati perlu dibasahkan dengan kata-kata pujukan daripada Ilahi.

Lembut, keras, lembut, keras.
Nak bentuk hati pun susah. Nak kena sesuai ikut keadaan pun ya jugak. Sesak nafas.

Nak jadi kakak, menuntut kesegaran jiwa.
Bangunlah jiwa, cepatlah segar.

1 comment:

  1. jom join GA ni..rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign