Resipi Ayam Black Pepper

Dayana Zahari | Tuesday, September 15, 2015 | 1Comments |
Yesterday I cooked Black Pepper Chicken with a very simple recipe. Zauji liked it a lot - sebab lama tak makan masakan isteri kot. Hazim pun suka, sampai minta resipi.

So here goes:

1. Sediakan 5 ketul ayam, perapkan dengan sos perapan black pepper/BBQ selama 30 minit. Sos perapan juga boleh dibuat sendiri.

Cara buat Sos Perapan sendiri: Campurkan 3 sudu sos tiram bersama 3 sudu kicap manis dan sedikit black pepper yang telah ditumbuk.
2. Goreng ayam yang telah diperap. Saya menggunakan air fryer jadi tak perlu gunakan minyak.

3. Hiris bawang besar dan bawang putih. Tumbuk sedikit black pepper.

4. Tumis bawang besar, bawang putih dan black pepper di dalam kuali yang ada sedikit minyak sampai naik bau atau bawang nampak layu.

5. Masukkan sos tiram, kicap, air sedikit, dan ayam.

Boleh juga kalau nak tambah cili besar dan bell pepper.



1 comment:

Take some time and leave a comment, I greatly appreciate it.

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Dayana Zahari | Design by #KieraRashidDesign